Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tourism Malaysia galak komuniti terlibat dalam aktiviti pelancongan


Tarikh kemaskini: 27/07/2019





KOTA BHARU, 27 Julai (Bernama) -- Tourism Malaysia Kelantan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam industri Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk setempat.

Pengarahnya Hafiz Hazin berkata penawaran pakej ‘Eco-Culture Water Trail’ Pengkalan Datu-Pulau Gajah, boleh menjadi salah satu aktiviti berkait dengan CBT dengan menjadikan alam semula jadi seperti sungai, sebagai asas menggerakkan industri berkenaan.

"Program ini meninjau lebih dekat laluan serta 'hot spot' pelancongan yang akan menggabungkan dua tempat di Mukim Sering di bawah Kota Bharu, melibatkan Pengkalan Datu dan Pulau Gajah.

"CBT ini diharap diterima masyarakat yang mana ia membuka peluang kepada mereka mempromosikan produk, malah pakej ini ditawarkan sebagai langkah awal sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020," katanya kepada pemberita selepas Melancarkan Program Eco-Culture Water Trail Pengkalan Datu-Pulau Gajah di Pasar Terapung Cerana Villa di sini, hari ini.

Hadir sama Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Madya Dr Ghazali Ahmad dan Pengerusi Persatuan Warisan Lembangan Sungai Pengkalan Datu (Waspada) Mohd Asri Husin.

Hafiz berkata keindahan dan kerancakan aktiviti yang dijalankan di sepanjang Sungai Pengkalan Datu-Pulau Gajah memerlukan publisiti, terutama bagi menarik pelancong dalam dan luar negara.

"Memandangkan Kelantan adalah negeri yang bersempadan dengan Thailand, kita cuba menarik lebih ramai pengunjung dari Selatan Thailand datang ke Malaysia, menerusi beberapa pintu masuk utama di negeri ini iaitu Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga serta Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP),” katanya.

Sementara itu, Dr Ghazali berkata UMK menyahut cabaran Kementerian Pendidikan yang mahu universiti mengambil inisiatif dengan bergerak dan turun padang bagi menyebar luas ilmu yang dipelajari, dengan bantuan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

"CBT adalah satu bentuk pelancongan yang berpotensi untuk mendidik masyarakat dengan mengutamakan pemeliharaan, sambil mendidik untuk menghargai alam sekitar dengan kerjasama masyarakat dan universiti," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel