Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut akibat sesak nafas ketika cuba keluarkan ular sawa dalam kereta


Tarikh kemaskini: 27/07/2019





JOHOR BAHRU, 27 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika cuba mengeluarkan seekor ular sawa dari dalam keretanya di kawasan sebuah kolej vokasional dekat Batu Pahat, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Muhammad Izzudin Runggai berkata kejadian berlaku pada 9 malam dan mangsa, Zainal Abidin Daim, 59, dibawa oleh orang awam ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat sebelum disahkan meninggal dunia.

"Polis menerima laporan pengadu iaitu anak perempuan mangsa yang memaklumkan bahawa ayahnya mempunyai masalah kesihatan iaitu mudah sesak nafas tetapi tidak pernah membuat rawatan di hospital. Pengadu tidak pasti sama ada kematian ayahnya berpunca daripada belitan, patukan atau penyakit dialami.

"Daripada keterangan saksi juga tidak nampak jelas yang apa yang berlaku dan cuma menyatakan ular sawa membelit tangan kiri mangsa dan saksi juga cuba membantu mangsa yang dalam keadaan lemah ketika ditemui sebelum menghantar mangsa ke hospital,” katanya.

Muhammad Izzudin berkata hasil bedah siasat kemudian mengesahkan punca kematian Zainal Abidin yang merupakan pemandu di kolej vokasional itu disebabkan oleh ‘hypertensive heart disease’ dan bukan akibat daripada belitan atau patukan ular.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel