Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Guru cedera ditikam lelaki cuba ragut beg


Tarikh kemaskini: 27/07/2019





JOHOR BAHRU, 27 Julai (Bernama) -- Seorang guru cedera ditikam seorang lelaki yang cuba meragutnya dalam kejadian di luar sebuah pasar raya dekat Batu Pahat, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Muhammad Izzudin Runggai berkata kejadian berlaku pada 8 malam semasa wanita berumur 57 tahun berkenaan, sedang masuk ke dalam kereta sebelum didatangi seorang suspek yang tidak dikenali.

"Suspek cuba meragut beg mangsa tetapi mangsa enggan menyerahkan yang menyebabkan suspek bertindak mencederakannya menggunakan senjata tajam.

"Mangsa mengalami pendarahan yang banyak akibat kecederaan di dada, perut dan tangan. Bagaimanapun, suspek gagal meragut beg mangsa lalu melarikan diri,” katanya yang dihubungi, di sini hari ini.

Muhammad Izzudin berkata guru berkenaan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Kita tidak dapat mengesahkan lagi sama ada lelaki berkenaan adalah warga asing mahupun tempatan dan ketika kejadian suspek tidak menaiki sebarang kenderaan.

"Setakat ini belum ada tangkapan dan kita minta orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat, dapat menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya.

Muhammad Izzudin berkata kes itu disiasat mengikut Sesyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan semasa melakukan samun.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel