Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tindakan Sarawak belum jelas hutang, undang pelbagai persoalan


Tarikh kemaskini: 27/07/2019





SIBU, 27 Julai (Bernama) -- Tindakan Kerajaan negeri Sarawak yang masih belum menjelaskan RM350 juta daripada RM1 bilion hutangnya kepada Kerajaan Persekutuan, menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew berkata, ini termasuklah kebimbangan mengenai sama ada aliran tunai kerajaan negeri itu berada dalam keadaan ‘sihat’ atau tidak.

“Terdapat pelbagai kenyataan yang mengelirukan daripada kerajaan negeri. Rakyat ingin tahu apakah yang sedang berlaku, dengan sistem kewangan kerajaan negeri.

“Oleh yang demikian kita menggesa supaya kerajaan negeri membentangkan laporan penyata kewangannya sehingga kini, supaya kita tahu bagaimana kedudukan kewangan negeri ini,” katanya.

Ling mengulas mengenai tindakan kerajaan Gabungan Parti Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang masih belum menjelaskan hutang itu, untuk digunakan semula bagi proses membaik pulih sekolah daif di negeri ini.

Rakyat juga bimbang apabila kerajaan negeri mengumumkan pelaksanaan pelbagai projek besar yang dibiaya menggunakan rizab RM30 bilion, untuk meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Negeri ke-12 nanti.

Menurut beliau, kerajaan persekutuan tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan pendahuluan bagi membaik pulih sekolah-sekolah daif di Sarawak, kerana ia boleh memberi kesan terhadap penarafan kredit negara.

Berdasarkan kepada prestasi fiskal semasa, kerajaan yakin dapat menca­pai sasaran defisit fiskal 3.4 peratus, berban­ding Keluaran Dalam Negara Ka­sar (KDNK) pada tahun ini, namun sekiranya pendahuluan itu diberikan, ianya akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan persekutuan.

“Ini penting kerana dengan mengekalkan penarafan kredit yang baik, kerajaan persekutuan akan dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini,” jelas beliau.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong semalam dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri bersedia, untuk menjelaskan hutang itu pada bila-bila masa tahun ini dan bakinya secara berperingkat pada tahun hadapan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel