Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga individu rugi RM77,200 ditipu Macau Scam


Tarikh kemaskini: 27/07/2019





KUCHING, 27 Julai (Bernama) -- Tiga individu  berputih mata apabila wang simpanan mereka lesap akibat ditipu sindiket Macau Scam, melibatkan kerugian berjumlah RM77,200, baru-baru ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah.

Beliau berkata kes pertama melibatkan seorang pelajar wanita berusia 20 tahun dari Kuching, setelah dia diperdaya seorang lelaki bernama Johnson Tan yang mendakwa bekerja sebagai Majistret, kononnya pelajar itu mempunyai notis tunggakan saman kad kredit berjumlah RM16,840.88.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu setelah mendapati wang simpanan berjumlah RM17,760 dalam akaun peribadinya dipindahkan ke dalam dua akaun berlainan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mustafa Kamal berkata kes kedua melibat seorang wanita berusia 25 tahun yang bekerja di Hospital Sibu, dan dia juga ditipu menggunakan modus operandi yang sama, kononnya dia mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM16,800.88 daripada sebuah bank.

Katanya wanita itu hanya sedar dirinya ditipu setelah menerima SMS daripada CIMB Click selepas wang berjumlah RM39,440 dipindahkan daripada akaun peribadinya ke dalam akaun pihak ketiga.

Satu lagi kes membabitkan suri rumah warga emas berusia 61 tahun  dari Padawan yang dikatakan menerima panggilan telefon daripada seorang wanita kononnya dia mempunyai kes mahkamah berkaitan rasuah.

“Kemudian suspek meminta butiran Mykad, nombor akaun bank dan kata laluan kad debit mangsa kononnya boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Selepas membuat semakan akaun bank, mangsa mendapati wang berjumlah RM20,00 di dalam akaunnya lesap,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel