Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengedar dadah warga Indonesia ditahan di Miri


Tarikh kemaskini: 27/07/2019





MIRI, 27 Julai (Bernama)  -- Seorang pengedar dadah warga Indonesia ditahan dalam satu serbuan anti dadah di rumah pekerja di ladang pakaka Niah Jalan Miri-Bintulu pukul 7.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata,  dalam serbuan itu polis  merampas dadah jenis methamphetamine seberat 33.69 gram dianggarkan berjumlah RM4,379.70  dari suspek lelaki berusia 47 tahun itu.

"Dadah tersebut ditemui di dalam bilik suspek iaitu 30 keratan tiub straw warna biru dan lapan keratan tiub straw warna merah yang mengandungi dadah methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata, suspek dipercayai aktif mengedar dadah sejak  tahun lepas di sekitar kawasan Batu Niah dengan mendapat sumber dadah dari pengedar tempatan.

Menurutnya ujian saringan air kencing  mendapati suspek negatif dadah dan suspek juga  tiada rekod jenayah lampau.  Kes disiasat dibwah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel