Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peniaga atas talian berputih mata ditipu pelanggan


Tarikh kemaskini: 26/07/2019





JOHOR BAHRU, 26 Julai (Bernama) -- Seorang peniaga atas talian mengalami kerugian RM6,000 selepas ditipu pelanggannya dalam kejadian di Iskandar Puteri, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata terdahulu lelaki berumur 27 tahun itu dikatakan telah menerima mesej pesanan 'WhatsApp' dari seorang wanita yang berminat untuk membeli telefon bimbit jenis Samsung S10 5G yang diiklankan di sebuah laman iklan.

Beliau berkata selepas perbincangan, suspek kononnya bersetuju membeli dua buah telefon bimbit daripada dengan harga keseluruhan RM6,000, namun untuk menyerahkan telefon itu, suspek meminta peniaga itu menemuinya di perkarangan sebuah hospital di Taman Bukit Indah.

“Pada pukul 10.45 malam, peniaga itu bersama adik lelakinya telah hadir di tempat berkenaan untuk berjumpa dengan suspek, namun ketika itu lelaki itu menyedari suspek meletakkan keretanya agak jauh dari tempat dia menunggu, dan berjalan kaki ke arahnya. 

Menurutnya selepas memeriksa telefon itu, suspek memberitahu dia perlu kembali ke keretanya untuk mengambil wang, bagaimanapun sebaik tiba di keretanya, suspek terus memecut laju, melarikan diri bersama telefon berkenaan.

Dzulkhairi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel