Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PKR Pahang sokong Anwar terus pimpin parti


Tarikh kemaskini: 26/07/2019





KUANTAN, 26 Julai (Bernama) -- PKR Pahang hari ini menyatakan sokongan kepada Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memimpin dan menentukan masa depan parti. 

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang Fuziah Salleh berkata 10 daripada 14 ketua cabang PKR di Pahang menandatangani petisyen memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar. 

Mereka terdiri daripada ketua cabang Lipis, Cameron Highlands, Kuantan, Kuala Krau, Maran, Indera Mahkota, Raub, Jerantut, Rompin dan Temerloh. 

"Empat lagi ketua cabang, iaitu Bera, Bentong, Pekan dan Paya Besar yang belum menandatangani petisyen itu sudah dihubungi, namun setakat ini masih tidak memberikan keputusan. 

"Bagaimanapun, saya tidak mahu membuat spekulasi dan menunggu jika ada perkembangan baharu," katanya semasa ditemui pemberita selepas merasmikan program Global Village di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Dewan UMP Holding di sini hari ini. 

Program anjuran Kelab International Economic and Commercial Science Student Association (AIESEC) UMP merupakan program pertukaran pelajar untuk projek sosial. Turut hadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan proses mengumpul tandatangan ketua cabang negeri ini bagi menyatakan sokongan kepada Anwar bermula malam tadi. 

Setakat ini, tujuh pengerusi MPN PKR telah menandatangani petisyen bagi menyatakan sokongan itu, iaitu Kedah, Perlis, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Pulau Pinang. 

-- BERNAMA   


 

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel