Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

EduCity mahu lahirkan perenang dalam kalangan Orang Asli Seletar


Tarikh kemaskini: 26/07/2019





ISKANDAR PUTERI, 26 Julai (Bernama) – EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EduCity) mahu melahirkan atlet sukan renang dalam kalangan Orang Asli Seletar menerusi Program Pembangunan Renang Educity (ESDP).

Pengarah Urusannya, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi berkata, program selama setahun bermula bulan ini dijayakan dengan kerjasama enam jurulatih Kelab Renang Ezy iaitu kelab sukan renang yang kelima terbaik di Malaysia.

Beliau berkata seramai 34 pelajar Orang Asli Seletar berusia antara lapan hingga 16 tahun dari Kampung Sungai Temun di sini akan diberi latihan dan didedahkan kepada pertandingan.

“Orang Asli Seletar merupakan perenang semula jadi dan oleh itu kita mahu asah lagi bakat mereka supaya dapat menjadi atlet,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program berkenaan, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini, sudah ada atlet Sukan Malaysia (SUKMA) telah pun lahir daripada program renang yang dijalankan pihaknya iaitu ‘EduCity Swim Meet’, oleh itu beliau menyifatkan adalah tidak mustahil untuk mencapai misi baharu tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel