Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UTeM laksana program MSR pelihara Sungai Melaka


Tarikh kemaskini: 26/07/2019





MELAKA, 26 Julai (Bernama) -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan melaksanakan program Sungai Melaka Pintar (MSR) menggunakan Internet of Things) (IoT) bagi memantau kualiti air dan udara di Sungai Melaka. 

Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat UTeM Prof Dr Goh Ong Sing berkata usaha memelihara sungai itu dilaksanakan bagi membantu kerajaan negeri dari aspek pengurusan kawalan banjir selain meningkatkan kedatangan lebih ramai pelancong ke negeri ini pada masa depan.

"Program ini bakal memberi impak langsung terhadap pemantauan kualiti Sungai Melaka sekali gus membantu kerajaan negeri merancang dan mengurus sungai tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM Prof Dr Raha Abdul Rahim dalam kenyataan sama berkata UTeM sentiasa bersedia menggunakan kepakaran berkaitan, dalam usaha membantu negeri ini termasuk mengembalikan kegemilangan dan keindahan Sungai Melaka.

Beliau berkata inisiatif itu juga membolehkan UTeM terus menyumbang peranan bukan hanya dalam kemajuan akademik, penyelidikan dan inovasi malah memoden serta meningkatkan kemajuan kepada komuniti dan negeri.

Katanya program itu merupakan kerjasama UTeM dengan Majlis Penasihat Bandar Pintar Melaka dan dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Alam Sekitar Melaka, Badan Kawal Selia Air, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel