Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Melaka nafi dakwaan kontrak pegawai JAIM ditamatkan serta-merta


Tarikh kemaskini: 26/07/2019





MELAKA, 26 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kontrak Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Rahimin Bani ditamatkan serta-merta ekoran memberi saranan supaya kerajaan tidak memberikan kebenaran kepada pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin (Wan Ji) untuk menyampaikan ceramah di sebuah masjid di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal di sini, baru-baru ini. 

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata sebaliknya kontrak perkhidmatan Rahimin masih berbaki sebulan dan akan tamat pada 31 Ogos ini dan setakat ini beliau masih lagi berkhidmat di jabatan berkenaan.

Katanya, perkhidmatan Rahimin telahpun tamat pada Disember tahun lepas namun disambung untuk tempoh setahun. 

“Bagaimanapun tempoh kontrak terbabit dipendekkan hingga 31 Ogos bagi memberi laluan kepada pegawai-pegawai baharu menggalas tanggungjawab tersebut selepas terdapat calon yang sesuai. 

“Setakat ini terdapat empat calon yang dikenal pasti bagi mengisi kekosongan jawatan itu dan keutamaan akan diberikan kepada kakitangan JAIM dan juga Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Hari Bertemu Rakyat, di Seri Bendahara Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu penamatan kontrak Rahimin yang tular di media sosial hari ini kononnya penamatan kontraknya ada kaitan dengan kuliah penceramah Wan Ji baru-baru ini.

Ketua Menteri berkata penstrukturan di setiap jabatan kerajaan adalah merupakan perkara biasa dan ia berlaku pada setiap masa.

Kerajaan negeri kata Adly bagaimanapun amat menghargai jasa dan sumbangan Rahimin sepanjang berkhidmat dengan jabatan itu.

Sementara itu, Rahimin ketika dihubungi mengesahkan kontraknya akan tamat pada 31 Ogos ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel