Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Imigresen Kedah tahan 152 PATI di Gurun


Tarikh kemaskini: 26/07/2019





ALOR SETAR, 26 Julai (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kedah menahan 152 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di beberapa buah kilang di sekitar kawasan  perindustrian Gurun, semalam.

Pengarahnya, Zuhair Jamaludin berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan orang awam dan risikan dengan disertai 56 pegawai Imigresen Kedah dan Perlis yang bermula pada 12 tengah hari hingga 3.00 petang.

"Seramai 560 orang diperiksa, daripada jumlah itu 152 orang ditahan terdiri daripada 68 warga China termasuk 14 wanita, tiga lelaki Taiwan, 18 lelaki Bangladesh, enam lelaki Myanmar, 28 lelaki India, 23 lelaki Pakistan, lima lelaki Nepal, seorang lelaki Mesir, manakala empat warganegara Malaysia dikeluarkan saman saksi bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 67 tahun.

Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),  Seksyen 15(1)(c) akta sama iaitu tinggal lebih masa dan Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas kerja.

Beliau berkata, kesemua mereka ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel