Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Petchem peruntuk US$12 bilion bagi pelan masa depan sehingga 2037


Tarikh kemaskini: 26/07/2019





KOTA TINGGI, 26 Julai (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) memperuntukkan perbelanjaan berjumlah kira-kira US$12 billion (US$1=RM4.116) bagi tempoh 18 tahun akan datang untuk perancangan masa depan, dengan fokus kepada kimia khusus.  

Ketua Komersialnya Shamsairi Mohd Ibrahim berkata pelan ini juga termasuk penggabungan dan pengambilalihan (M&A) serta mengenal pasti lebih banyak projek terutamanya yang memenuhi inisiatif pertumbuhan tiga serampang syarikat. 

Setakat ini, katanya, PCG telah menyenarai pendek 20 projek dalam derivatif dan kimia khusus yang berpotensi dibangunkan di Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Kerteh di Terengganu atau di tempat-tempat lain di dunia.

“Da Vinci adalah satu daripada projek yang kami peroleh...dan banyak lagi yang akan datang.  

“Itu adalah projek (20 projek) yang telah kami peruntukkan, tetapi ada juga syarikat yang menghubungi kami yang mahu kami menjadi rakan kongsi mereka, jadi itu adalah antara perkara yang kami sedang pertimbangkan,” katanya kepada pemberita semasa kunjungan media ke tapak projek petrokimia di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang pada Khamis. 

Pada Mei, PCG mengambil alih Da Vinci Group B.V., syarikat berpangkalan di Belanda, menandakan penerokaannya ke pasaran kimia khusus kerana Da Vinci mempunyai operasi global dalam pasaran tersebut.  

Shamsairi berkata langkah ini adalah sejajar dengan strategi syarikat kerana mereka menyasarkan 25 peratus daripada portfolio produk disumbang daripada produk khusus dan berbeza menjelang 2037. 

“Ketika ini, produk khusus menyumbang hanya lebih kurang dua peratus (daripada jumlah portfolio produk), kemudiannya isonanol akan meningkat (portfolio khusus) kepada lima peratus, dan kami akan terus menambah kapasiti baharu menjelang 2037, kami menyasar 25 peratus daripada portfolio produk berdasarkan kepada produk tersebut, produk khusus dan berbeza,” katanya.  

Bahan kimia khusus boleh digunakan untuk menghasilkan minyak wangi, vitamin serta makanan haiwan. 

Perniagaan kumpulan kebanyakannya adalah dalam pembuatan, pemasaran dan jualan pelbagai produk kimia termasuk olefin, glikol, polimer, baja, metanol dan produk derivatif lain.

Ia mempunyai jumlah gabungan kapasiti pengeluaran 12.8 juta tan metrik setahun dengan operasi di tujuh tapak pengeluaran bertaraf dunia di Malaysia, dua daripadanya adalah bersepadu penuh daripada produk mentah hinggalah derivatif dan kimia khusus.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel