Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ahli Parlimen Dungun kerugian RM26,000 selepas disamun di luar bank


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





DUNGUN, 25 Julai (Bernama) -- Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli kerugian RM26,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal selepas mengeluarkan wang tersebut dari sebuah bank di Jalan Pak Sabah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa baru sahaja mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank untuk membayar tempahan lembu bagi ibadah korban, Aidiladha, bulan depan.

Bagaimanapun, ketika memasuki kereta, seorang lelaki bertopi keledar dengan visor tertutup penuh tiba-tiba meluru masuk ke dalam kereta mangsa dari arah kerusi penumpang hadapan lalu meragut beg mangsa. 

"Mangsa berusia 62 tahun itu cuba merampas kembali beg tersebut daripada suspek menyebabkan berlaku sedikit pergelutan. Akibatnya mangsa cedera ringan di betis kiri dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Dungun," katanya ketika dihubungi.

Baharudin berkata polis sedang berusaha mengesan suspek yang dipercayai menunggang motosikal Yamaha berwarna gelap dan orang awam yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian diminta menghubungi balai polis terdekat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel