Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

K'jaan Johor akan perkenal permainan tradisional dan sukan rakyat di Jepun


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





JOHOR BAHRU, 25 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri akan memperkenalkan festival permainan tradisional dan sukan rakyat di Jepun sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Tahun Melawat Johor pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata kerajaan negeri bersama Tourism Johor dijadualkan melawat Travel Mart di Jepun pada November ini bagi tujuan berkenaan, dan ia akan memberi fokus kepada enam acara permainan tradisional dan sukan rakyat.

Beliau berkata lawatan ke Jepun itu juga bertujuan mempromosi festival berkenaan di peringkat antarabangsa, dan ia antara lain melibatkan acara permainan tradisional seperti gasing pangkah, congkak, batu seremban, sepak raga bulatan, diabolo (yoyo cina) dan  kabaddi.

“Tetapi kita juga akan bincang bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Johor untuk memasukkan beberapa acara dan permainan tradisi lain seperti boling kelapa yang perlu kita perkenalkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan dana kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri Johor bagi penganjuran Festival Permainan Tradisional dan Sukan Rakyat 2019 peringkat zon dan daerah di sini, hari ini.

Mohd Khuzzan berkata Festival Permainan Tradisional dan Sukan Rakyat itu juga akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan tahun depan sempena Tahun Melawat Johor 2020.

Menurutnya bagi penganjuran festival kali kelima yang akan melibatkan pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah itu akan bermula pada bulan Ogos ini.

“Wakil bagi daerah yang  terbaik akan bertanding pada peringkat negeri pada bulan September nanti, ia akan melibatkan enam acara permainan tradisional iaitu gasing pangkah, congkak, batu seremban, sepak raga bulatan, diabolo (yoyo cina), kabaddi dan dua acara terbuka iaitu dam aji dan  sukan tarik tali.

“Pada tahun ini, piala pusingan juga akan dianugerahkan kepada daerah yang menjadi johan keseluruhan acara,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel