Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Putera kedua TMJ dinamakan Tunku Abu Bakar Ibrahim


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





JOHOR BAHRU, 25 Julai (Bernama) -- Putera kedua dan waris kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberikan nama Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Yang  DiPertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, nama tersebut telah diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta'zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor yang diputerakan seperti berikut Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail," katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.

Isteri TMJ, Che Puan Khaleeda Bustamam, selamat melahirkan putera keduanya di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada 17 Julai lalu.

Pasangan diraja itu mempunyai puteri sulung, Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang lahir pada Jun 2016  dan putera sulung, yang juga pewaris takhta Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang diputerakan pada Oktober 2017. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel