Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kes pelajar keracunan makanan: SPR mohon maaf


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





GEORGE TOWN, 25 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memohon maaf kepada para pelajar Politeknik Balik Pulau dekat sini yang mengalami keracunan makanan selepas menghadiri Program Pendidikan Pengundi anjurannya semalam.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan turut menzahirkan rasa kesalnya dan bersimpati terhadap pelajar terbabit dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menangani kejadian itu.

“Susulan kejadian ini, SPR telah dimaklumkan bahawa siasatan telah dimulakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Menurutnya, SPR telah melantik sebuah syarikat pembekal makanan tempatan bagi menyediakan makanan tengah hari untuk pelajar, tenaga pengajar dan petugas SPR semasa program itu.

“Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Hospital Balik Pulau, seramai 85 orang pelajar telah disahkan mengalami keracunan makanan dan daripada jumlah ini, 84 orang telah menerima rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang pelajar telah dimasukkan ke wad bagi rawatan lanjut,” katanya.

Azhar turut meminta pelajar dan tenaga pengajar yang terlibat supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya masih merasa tidak sihat dan terdapat tanda-tanda keracunan makanan.

Beliau berkata SPR melalui Akademi Pilihan Raya (APR) telah menganjurkan program itu bersama Politeknik Balik Pulau semalam bagi memberi pendedahan dan pendidikan tentang proses pilihan raya negara yang melibatkan seramai 207 pelajar. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel