Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

16 pucuk pistol dirampas di jajahan Pasir Mas sejak 2017


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





PASIR MAS, 25 Julai (Bernama) -- Sebanyak 16 pucuk senjata api dirampas di jajahan Pasir Mas sejak 2017 hingga semalam, yakni jumlah rampasan paling tinggi berbanding 10 jajahan lain di Kelantan, dengan kebanyakannya melibatkan aktiviti berkaitan dadah dan jenayah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Abdullah Mohammad Piah berkata siasatan turut mendapati ada juga pistol yang dirampas didakwa untuk disewakan oleh pihak tertentu kepada individu bagi tujuan jenayah, dan ada juga senjata api yang hendak dijual kepada pihak lain di luar Kelantan termasuk di Kuala Lumpur.

Beliau berkata berdasarkan maklumat, setiap senjata api yang dibeli dengan harga RM1,500 dan RM1,800 boleh dijual semula dengan harga mencecah RM5,000 tiap satu.

“Mungkin harga yang mahal itu menyebabkan timbulnya urusan sewa pistol," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.

Katanya selain pistol, pihaknya turut merampas 123 butir peluru hidup dan menahan 21 orang atas kesalahan berkaitan senjata api dalam tempoh yang sama.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel