Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RTM diharap teruskan fungsi sebagai penghubung antara k'jaan dan rakyat


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





JOHOR BAHRU, 25 Julai (Bernama) -- Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) diharap dapat meneruskan fungsinya sebagai media penghubung yang berkesan dalam hubungan di antara kerajaan dan juga rakyat. 

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata ini termasuk menjadi media elektronik yang lebih kreatif dalam mempromosi dasar dan acara-acara besar kerajaan negeri seperti penganjuran Tahun Melawat Johor 2020 dan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Katanya, RTM bukanlah nama asing kerana walaupun telah beroperasi lebih tujuh dekad tetapi masih berjaya mengekalkan mutu siaran dan penyampaian maklumat yang cepat, tepat dan padat kepada masyarakat, sekaligus membolehkannya mendapat jolokan sebagai “lidah rasmi kerajaan” dalam menyebarluaskan dasar dan informasi-informasi terkini berkaitan kerajaan.

“Hal ini juga meletakkan RTM sebagai sumber yang boleh dipercayai walaupun dengan pengaruh perkembangan media sosial pada hari ini. 

“Lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang apabila kehidupan kita banyak bergantung kepada telefon bimbit, kita cenderung untuk mengabaikan banyak perkara dan terpengaruh dengan berita-berita kurang tepat,” katanya ketika berucap Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (KPPSI) di kompleks itu, di sini hari ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel