Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Isu dalaman PKR tidak jejas pentadbiran negara - Dr Wan Azizah


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





PUTRAJAYA, 25 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengurusan pentadbiran negara tidak tergugat dengan masalah politik dalaman yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini. 

Beliau berkata, berbeza pandangan adalah lumrah dalam politik namun tetap bersatu dalam hal membabitkan pemulihan negara. 

"Parti politik ini memang begitu, tidak semua akan sama pandangan, tapi kita bersatu. Dalam soal (pentadbiran) negara pula, tidak ada apa-apa yang tergugat, apa yang kita mahu ada kesatuan untuk memulihkan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (Piiacuf) 2019 di sini, hari ini.

Beliau mengulas sama ada pertembungan antara pasukan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam isu video intim Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu boleh menjejaskan pentadbiran negara. 

Dr Wan Azizah, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, turut menegaskan bahawa tidak timbul isu dua kem dalam PKR kerana anggota parti tetap memberi sepenuh sokongan kepada presiden parti.

Berhubung gesaan anggota parti yang mahu Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Mubarak dikenakan tindakan disiplin ekoran membuat tuduhan jelek kepada Mohamed Azmin, Dr Wan Azizah berkata perkara itu akan diteliti Lembaga Disiplin Parti. 

Semalam, Lembaga Disiplin PKR memaklumkan akan memanggil beberapa individu termasuk Farhash bagi membuat penjelasan berhubung ungkapan jelek yang dibuatnya terhadap Mohamed Azmin sejurus dibebaskan dari tahanan polis pada Selasa. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel