Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pameran Raja Kita saji pelbagai koleksi unik Agong dan Permaisuri


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Pameran Raja Kita yang diadakan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bakal menyajikan pelbagai koleksi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tidak pernah dipamer kepada umum sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata ia merupakan antara keistimewaan yang dibawa kepada pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai personaliti serta keperibadian Seri Paduka berdua.

"Kali ini kita akan tonjolkan koleksi daripada Istana Pahang dan Muzium Pahang Koleksi ini tidak pernah lagi ditunjukkan kepada orang ramai... antaranya ialah hantaran perkahwinan Permaisuri ketika mereka disatukan dahulu serta album kenangan,” katanya di sini.

Yang di-Pertuan Agong dijadual berangkat merasmikan Pameran Raja Kita pada 5 Ogos. 

Kamarul Baharin berkata pameran, yang diadakan secara percuma di Muzium Diraja di Istana Negara Lama, Jalan Istana, bertujuan menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai peranan dan sumbangan Sultan Abdullah sebagai pemerintah, meliputi pelbagai aspek yang tinggi nilai warisan sejarah dan estetikanya.

"Kita menggunakan pendekatan yang lebih interaktif dengan menggunakan teknik Augmented Reality (AR Code) di mana pengunjung terutama generasi muda boleh muat turun dan imbas serta menyimpan maklumat.

"Kita juga menggunakan teknik hologram selain daripada interactive wall dan ia adalah kaedah serta penampilan baharu dalam pameran tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Muzium Diraja Miti Fateema Sherzeella Mohd Yusoff berkata pengunjung turut berpeluang melihat alat kebesaran diraja seperti Cogan Alam, Cogan Agama, Cokmar dan pedang dengan lebih dekat.

“Pameran kali ini kita turut membawa alat kebesaran diraja dari negeri itu sendiri seperti Pedang Bentara dan payung-payung kebesaran yang diguna oleh negeri Pahang,” katanya.

Selain pameran, pelbagai program sampingan turut diadakan seperti bengkel lipatan tengkolok dan aktiviti pendidikan bersama pelajar sekolah.

Pameran Raja Kita dibuka kepada pengunjung selama tiga bulan bermula 6 Ogos hingga 5 Nov, bermula 9 pagi hingga 5 petang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel