Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

NAFAS teroka lima sektor baharu tingkatkan ekonomi ahli


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





PASIR MAS, 25 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan meneroka lima sektor baharu bagi meningkatkan ekonomi ahli pertubuhan itu pada tahun hadapan.

Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata ia membabitkan sektor perladangan (buah-buahan tropika), industri ayam, ruminan (lembu), padi dan perdagangan dalam dan luar negara.

"Lima sektor itu telah dipersetujui oleh semua ahli jemaah untuk membolehkan ahli terlibat dengan aktiviti yang boleh meningkatkan ekonomi dan tidak hanya tertumpu kepada satu sektor sahaja.

"Kami jangka kelima-lima sektor itu akan dilaksanakan bermula tahun depan dan ketika ini dalam fasa perancangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kasih Peladang Kelantan di Dewan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Rantau Panjang di sini, hari ini.

Seramai 431 orang penerima asnaf peladang menerima sumbangan pada program terbabit.

Mohd Hisyamuddin berkata dianggarkan sebanyak 103,000 hektar tanah terbiar diseluruh negara yang boleh dimanfaatkan ahli bagi meneroka lima sektor terbabit dengan bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan NAFAS sendiri.

Beliau berkata NAFAS yakin mampu membantu ahli pertubuhannya untuk keluar dari garis kemiskinan menerusi penerokaan terhadap lima sektor baharu itu.

"Di Kelantan sendiri contohnya sangat berpotesi terutamanya penternakan lembu kerana banyak ternakan itu masuk melalui sempadan Malaysia-Thailand untuk dibekalkan ke negara ini, jadi ahli perlu mengambil manfaat itu," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel