Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ceramah Wan Ji dapat kebenaran - Ketua Menteri


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





MELAKA, 25 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri telah memberikan kebenaran kepada pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin (Wan Ji) untuk menyampaikan ceramah di sebuah masjid di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal di sini, baru-baru ini.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata Wan Ji telah mendapat surat kebenaran serta mematuhi  beberapa syarat yang telah ditetapkan Jabatan Mufti Melaka.

“Pada masa akan datang, penceramah yang datang ke negeri ini seharusnya memiliki tauliah dan mendapat kebenaran daripada Jabatan Mufti terlebih dahulu. Kebenaran itu tidak hanya terhad kepada Wan Ji sahaja malah termasuk penceramah lain yang bertauliah sama ada menyokong kerajaan ataupun sebaliknya, bahkan sekiranya mereka tidak memiliki tauliah namun berilmu, individu itu akan diberikan kebenaran khas.

"Tiada masalah sebab kalau kita lihat memang ada penceramah walaupun mereka mengkritik kerajaan tetapi mereka tetap dibenarkan berceramah namun fokus kami buat masa ini, kami mahu institusi masjid diimarah dan diramaikan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di sini.

Mengulas mengenai kekecohan ketika Wan Ji menyampaikan ceramah, Adly menegaskan bahawa kejadian itu bukan berpunca daripada penceramah sebaliknya dipercayai oleh pihak tertentu yang sengaja mencetuskan kekecohan.

Pada 7.50 malam, Isnin lepas ceramah di sebuah masjid di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal kecoh ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Mohd Sofi Ab Wahab sedang berucap selepas menunaikan solat maghrib.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel