Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan perlu dukungan rakyat bagi bina 'Negara Merdeka’ - Adly


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





MELAKA, 25 Julai (Bernama) -- Bagi membina sebuah ‘negara merdeka’, kerajaan memerlukan sokongan dan dukungan daripada semua rakyat untuk ia direalisasikan, kata Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Beliau berkata meskipun Pakatan Harapan (PH) baru mentadbir kerajaan selama setahun, namun iltizam pemimpinnya untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada kehidupan rakyat tidak pernah surut.

Dalam konteks kemerdekaan, Adly berkata tahun ini ia membawa semangat rakyat yang mahukan perubahan dilakukan kerajaan setelah diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.   

“Hasrat rakyat adalah mahukan perubahan daripada kerajaan dan ianya telah diusahakan selama setahun oleh kerajaan bagi menunaikan manifesto PRU14. Saya yakin bahawa ianya mampu dilaksanakan bagi membawa perubahan seperti mana yang diinginkan oleh rakyat,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Mengenai majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, 3 Ogos ini, beliau menzahirkan rasa bertuah negeri berkenaan dipilih sebagai tuan rumah pelancaran bagi tahun ini.

“Saya yakin Melaka dipilih kerana sejarah Melaka dan Malaysia bermula di sini. Ianya sebagai satu peringatan kepada sesuatu yang cukup bermakna bagi kita semua untuk mengisi erti baharu sebuah kemerdekaan yang di dukung oleh kerajaan hari ini,” katanya.

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 itu akan dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada malam hari berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel