Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga didakwa rompak stesen minyak


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





TEMERLOH, 25 Julai (Bernama) -- Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan merompak sebuah stesen minyak melibatkan kerugian RM800, hujung bulan lalu. 

Pengakuan Muhammad Nazri Fadzil Rahman, 25, Muhammad Nur Iskhandar Amran, 24,  dan Mohamad Mustafa Mat Nayan, 24, yang semuanya tidak bekerja, direkodkan di hadapan Hakim Azuar Che Yusof. 

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di stesen minyak Kampung Awah, Maran dekat sini pada 9.30 pagi 29 Jun lalu dengan bersenjatakan parang dan telah melarikan wang tunai pemilik stesen tersebut. 

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. 

Pada prosiding itu, Azuar membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Abdul Rahim supaya jaminan tidak dibenarkan atas alasan kesalahan yang dilakukan serius dan tidak boleh diikat jamin.

Azuar seterusnya menetapkan  22 Ogos depan sebagai sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam dan pengurusan dokumen. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel