Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita ditikam bekas suami kerana enggan rujuk semula


Tarikh kemaskini: 24/07/2019





BESUT, 24 Julai (Bernama) -- Gara-gara gagal untuk rujuk semula, seorang lelaki bertindak menikam bekas isterinya menggunakan pemutar skru, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian kira-kira 4.35 petang itu, mangsa yang berumur 28 tahun terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Besut setelah mengalami kecederaan.

Beliau berkata mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai, didatangi suspek berusia 31 tahun ketika sedang bekerja di Pantai Air Tawar, di sini.

“Berang apabila mangsa tidak mahu rujuk semula, suspek bertindak menikam mangsa dengan menggunakan pemutar skru di bahagian muka dan tangan.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian bawah mata sebelah kanan, luka di tangan kanan dan tangan kiri serta kening sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata mangsa berkahwin dengan suspek, seorang nelayan, pada 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun, sebelum bercerai pada 15 Julai 2017.

Beliau berkata polis berjaya menahan suspek di tepi jalan Kampung Cawat di sini, dan akan direman untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel