Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PKR Kelantan ikrar taat setia dan sokongan kepada presiden parti


Tarikh kemaskini: 24/07/2019





KOTA BHARU, 24 Julai (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan hari ini menyatakan ikrar taat setia mereka menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim agar terus menerajui parti itu.

Pengakuan taat setia itu diketuai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Datuk Sri Mohamad Suparadi Md Noor, yang juga Ketua Cabang Tanah Merah, serta 10 ketua cabang yang lain dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa mereka menyokong penuh tanpa berbelah bahagi kepada Presiden PKR itu untuk terus menjadi nakhoda utama menerajui parti.

Mereka juga menyatakan komitmen bahawa sedaya upaya akan membantu Anwar menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia nanti.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel