Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

50 ekor ikan hiasan tanpa permit dirampas MAQIS di Gelang Patah


Tarikh kemaskini: 24/07/2019





JOHOR BAHRU, 24 Julai (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 50 ekor ikan hiasan jenis Betta Splendens selepas didapati tidak mempunyai permit import di laluan penumpang bas Kompleks Sultan Abu Bakar dekat Gelang Patah, Sabtu lepas. 

MAQIS dalam satu kenyataan hari ini berkata hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawainya pada pukul 12.18 tengah malam mendapati lelaki tempatan itu membawa masuk dua bekas balang yang berisi ikan hiasan berkenaan. 

“Bekas balang berisi ikan hiasan itu bercampur, terdapat 10 ekor dari spesis Wild Betta Imbellis (Ikan Mengkaring) dan 40 ekor dari spesis Trichopsis Vittata (Ikan Sempilai) yang tidak mempunyai dokumen seperti permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS.

“Perbuatan mengimport ikan ini tanpa mempunyai permit import yang sah dari (MAQIS) adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama,” katanya.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua- duanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel