Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JAPEN anjur pertandingan Bulan Kebangsaan 2019


Tarikh kemaskini: 24/07/2019





ALOR SETAR, 24 Julai (Bernama) -- Jabatan Penerangan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2019 bermula 1 Julai hingga 16 Sept ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Pengarah Jabatan Penerangan Kedah Nasrudin Mahmud dalam satu kenyataan berkata program berkenaan bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan negara serta meningkatkan penghayatan kemerdekaan negara.

"Kita juga mahu mencetus kreativiti rakyat dalam menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan, jadi untuk melihat suasana keceriaan dengan menghiaskan Jalur Gemilang di kampung, premis kerajaan, swasta, kawasan perumahan dan lain-lain," katanya.

Nasrudin berkata tempoh penyertaan akan dibuka bermula 1 hingga 31 Julai; tempoh penyertaan daripada 1 Ogos hingga 16 Sept; penilaian peringkat negeri daripada 25 Ogos hingga 4 Sept manakala penilaian penyertaan kebangsaan pada 12 hingga 22 Sept.

"Borang penyertaan boleh didapatkan di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan negeri dan pejabat-pejabat daerah dan borang yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Pejabat Penerangan Daerah selewat-lewatnya sebelum 31 Julai ini.

"Bagi kategori peringkat negeri, pemenang bakal memenangi hadiah wang tunai antara RM1,000, RM2,000 dan RM2,500 manakala kategori peringkat kebangsaan pemenang bakal membawa pulang RM2,000 dan RM5,000," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel