Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

IMBRT kemungkinan memperluaskan laluan perkhidmatan terus


Tarikh kemaskini: 24/07/2019





JOHOR BAHRU, 24 Julai (Bernama) -- Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia (IMBRT) berhasrat untuk memperluaskan lagi laluan perkhidmatan terus ke kawasan berkenaan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang datang dari pelbagai kawasan sekitar Johor Bahru.

Pengarah IMBRT, Rudyanto Azhar dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pengguna perkhidmatan awam itu banyak bergantung kepada operasi perkhidmatan bas dari stesen bas Gelang Patah, yang mana ia boleh ditambahbaik lagi dari segi jumlah dan kekerapan.

Beliau berkata, menerusi satu sesi rangkaian kerja, yang disertai 48 syarikat sekitar Iskandar Malaysia baru-baru ini, sokongan yang diterima amat memuaskan - hadirin begitu teruja memberi sokongan terhadap pelaksanaan Transit Rapid Bas (BRT) di Iskandar Malaysia.

"98 peratus pihak berkepentingan yang menjawab soalan yang diajukan memberi petunjuk bahawa mereka berminat dengan BRT untuk disertakan bersama usaha pembangunan mereka. Kami akan susuli dengan perbincangan lanjut mengenai kerjasama untuk faedah bersama,” katanya.

Antara cadangan yang diterima semasa sesi itu ialah laluan utama diperluaskan ke Pasir Gudang, Ulu Tiram, Kulai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi memastikan perhubungan yang lancar.

Sebagai tambahan, peluang-peluang yang akan diterokai termasuk kawasan terminal pelabuhan kontena di bahagian barat Iskandar Malaysia, yang mempunyai kira-kira 10,000 tenaga kerja di kawasan berkenaan, dengan rancangan perluasan 150 ekar lagi tanah (60.7 hektar) dalam tempoh lima ke 10 tahun, akan mewujudkan tambahan peluang pekerjaan.

Projek IMBRT akan diteruskan mengikut perancangan bagi memenuhi keperluan sasaran penduduk yang dijangka meningkat sehingga tiga juta menjelang 2025.

Fasa pertama IMBRT akan siap dan beroperasi menjelang 2022.

Sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan mengenai projek Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia, boleh hubungi imbrt@irda.com.my atau layari laman web imbrt.com.my atau Instagram, Twitter dan Facebook @IMBRTOfficial.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel