Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua ditahan polis selepas lima jam menyamun


Tarikh kemaskini: 24/07/2019





KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Polis menyelesaikan kes samun dalam tempoh kurang lima jam selepas menahan dua lelaki dipercayai aktif dalam kejadian samun dan kes pecah rumah di sekitar Serdang, Klang dan Johor.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata kedua-dua suspek berusia 20-an ditahan kira-kira 5.30 pagi semalam dan merampas pelbagai barangan dipercayai hasil samun seperti jam tangan, telefon bimbit, cincin emas, sebuah kereta jenis Proton disyaki milik suspek dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai milik mangsa.

“Kedua-dua suspek mempunyai 20 rekod lampau yang melibatkan kes samun, pecah rumah, judi dan dadah serta mengaku terlibat dalam kes samun di Serdang dan aktif pecah rumah di Klang dan Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 30 tahun pagi semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Bandar Kinrara dan Kuala Lumpur, 

Ismadi berkata, ketiga-tiga suspek yang mempunyai 42 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan itu, ditahan dalam serbuan kira-kira 11.45 pagi.

Selain itu dua lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 50 tahun turut ditahan di sebuah stesen minyak di Serdang kerana disyaki terbabit dalam kes samun.

“Dua daripada suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan samun,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka direman sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel