Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

FAMA cadang wujudkan Bandar Harumanis Malaysia di Perlis


Tarikh kemaskini: 24/07/2019





KANGAR, 24 Julai (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang mewujudkan Bandar Harumanis Malaysia di Perlis.

Pengerusinya, Ishak Ismail berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincangan namun sekiranya menjadi kenyataan ia boleh membantu ke arah meningkatkan pendapatan pengusaha mempelam harumanis dalam tempoh jangka panjang.

“Sebelum ini saya ada sebut nak jadikan Raub sebagai Bandar Durian Malaysia setelah kita isytiharkan Bandar Madu di Kuala Nerang, Kedah yang terkenal dengan madu tualang. Perlis pula negeri yang kaya dengan harumanis," katanya.

Beliau berkata usaha sedang dibuat untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran harumanis selain mengatasi masalah berkaitan penyakit melibatkan tanaman itu.

Ishak ditemui pemberita selepas perasmian Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan peringkat sekolah Perlis yang dirasmikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini hari ini. Turut berangkat hadir Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil 

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah orang ramai terutama generasi muda perlu melebihkan pengambilan buah-buahan tempatan kerana ia baik untuk kesihatan selain boleh membantu menyumbang kepada ekonomi negara.

Dalam pada itu, Ishak berkata pengusaha membekalkan lebih RM1.2 juta harumanis kepada pembeli termasuk industri perhotelan setakat ini bagi 2019.

Menurutnya, kajian juga akan dibuat untuk memasarkan produk itu ke negara Timur Tengah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel