Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lagi penguat kuasa JPJ didakwa rasuah 


Tarikh kemaskini: 24/07/2019





GEORGE TOWN, 24 Julai (Bernama) -- Seramai enam orang lagi penguat kuasa JPJ dibawa ke Mahkamah Sesyen di Butterworth dekat sini hari ini untuk menghadapi pertuduhan rasuah bersekongkol dengan pengusaha lori di sekitar Pulau Pinang.

Mereka ini merupakan sebahagian dari 18 orang anggota dan pegawai JPJ yang bakal diheret ke mahkamah secara berperingkat-peringkat mulai hari ini seperti yang diumumkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya semalam.

“Pegawai (yang terlibat untuk didakwa) itu bukan bertaraf tinggi sangat,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat SPRM Pulau Pinang semalam.

Mereka yang didakwa hari ini merupakan sebahagian dari 31 individu termasuk 23 anggota penguat kuasa JPJ yang ditahan SPRM 16 April lepas bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya yang membawa muatan berlebihan di sekitar negeri itu.

Semua penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 itu dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 dan RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel