Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perhilitan Johor rampas 167 produk kulit haiwan liar di Senai


Tarikh kemaskini: 24/07/2019




KULAI, 24 Julai (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor merampas 167 produk kulit haiwan liar dianggarkan bernilai RM40,000 yang dijual tanpa sebarang dokumen atau lesen pemilikan bahan terbabit di sebuah tapak perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Isnin lepas. 

Pengarah Perhilitan Johor Salman Saaban berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penjualan produk kraftangan tanpa permit yang diperbuat daripada kulit hidupan liar.

Seramai lima penguatkuasa dari Perhilitan Johor kemudiannya memeriksa sebuah tapak jualan di Lot B & D lapangan terbang itu, kira-kira pukul 4 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang wanita warga Indonesia berumur 51 tahun sedang mengendalikan perniagaan terbabit  tanpa menyertakan sebarang dokumen pemilikan dan penjualan produk berasaskan kulit hidupan liar itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata produk kulit berkenaan disyaki diperbuat daripada kulit ular sawa dan dibawa masuk dari negara jiran, Indonesia.

Salman berkata kesemua barangan tersebut disita dan dibawa ke Jabatan Perhilitan Negeri Johor untuk tindakan seterusnya.

Beliau berkata wanita berkenaan telah ditahan dan direman untuk siasatan lanjut. 

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan tindakan berdasarkan Seksyen 60 iaitu memburu atau menyimpan hidupan liar atau produk hidupan luat yang dilindungi iaitu denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel