Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedai alat ganti kenderaan musnah dalam kebakaran di Batu Pahat


Tarikh kemaskini: 24/07/2019




BATU PAHAT, 24 Julai (Bernama) -- Sebuah kedai alat ganti kenderaan musnah dalam satu kebakaran di Batu 7, Jalan Tongkang Pechah, di sini, Selasa  malam.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram Mohd Fauzi Md Nor berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul  7.49 malam.

“Operasi memadam kebakaran kedai berkeluasan 150 kaki x 80 kaki ini membabitkan lapan jentera dari tiga balai bomba.

“Daripada laporan awal, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi.

Sehingga pukul 11 malam, operasi memadam kebakaran masih dijalankan.

Katanya, operasi terbabit melibatkan 31 anggota dari tiga balai iaitu BBP Penggaram, BBP Batu Pahat dan BBP Ayer Hitam.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel