Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

K’jaan Johor dicadang sediakan saluran rasmi berpusat untuk insiden Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 24/07/2019





JOHOR BAHRU, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan Johor dicadang supaya menyediakan saluran rasmi berpusat bagi memudahkan penduduk Pasir Gudang merujuk pelbagai perkara berhubung kejadian sesak nafas dan muntah-muntah dipercayai akibat pencemaran di kawasan itu.

Seorang aktivis masyarakat dan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata ketiadaan saluran rasmi seumpama itu menyebabkan penduduk atau mangsa yang terjejas sukar mendapat maklumat tepat sekali gus menyukarkan insiden itu diselesaikan secara bersama.

“Tiada saluran rasmi dan disebabkan itu rakyat bertempiaran tidak tahu mahu rujuk kepada siapa, sama ada kepada Menteri Besar, Kementerian Kesihatan atau pun Kementerian Pendidikan,” katanya yang ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Bertindak Penduduk Isu Pencemaran Alam (BBPIPA), di Taman Pasir Putih, di sini hari ini.

Mohd Khairul Azam berkata selain mendengar masalah yang dikemukakan BBPIPA itu, beliau dan beberapa pihak lain akan turut menggerakkan dron untuk meninjau keadaan di sekitar Pasir Gudang termasuk Sungai Kim Kim dan sungai sekitarnya serta kilang-kilang haram.

Beliau berkata sampel air di Sungai Kim Kim dan beberapa sungai lain akan diambil untuk dianalisis di makmal swasta bagi mengetahui kandungannya.

“Hasil dapatan daripada sungai yang dianalisis itu dijangka akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan dan kami akan mengadakan sidang media mengenainya selepas ini,” katanya.            

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel