Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Guru disamun dalam perjalanan ke sekolah di Pasir Mas


Tarikh kemaskini: 23/07/2019





KOTA BHARU, 23 Julai (Bernama) -- Malang menimpa seorang guru wanita apabila menjadi mangsa samun ketika dalam perjalanan ke sekolah di Lati, Pasir Mas, pagi tadi.

Mangsa mendakwa ketika memandu di Salor dekat Jalan Kota Bharu-Pasir Mas, seorang lelaki bermotosikal mengacukan pistol dan mengarahkannya supaya memberhentikan kereta.

Sebaik memberhentikan kereta, lelaki berkenaan terus mengambil beg yang diletakkan di kerusi sebelah pemandu dan melarikan diri.

Daripada video yang ditularkan, guru terbabit, Noraida Othman, 39, berada dalam keadaan trauma dan mangsa memberitahu kerugian kira-kira RM300 dan beberapa dokumen penting turut dilarikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan yang berlaku pada 6.40 pagi tadi.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan suspek.

Abdul Rahim berkata meskipun pengadu memberitahu diacukan pistol namun tidak dapat dipastikan jenis senjata yang digunakan dalam kejadian itu dan beliau tidak menolak kemungkinan ia adalah senjata mainan. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel