Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tapir ditangkap di Taman Lavender, Seremban


Tarikh kemaskini: 23/07/2019





SEREMBAN, 23 Julai (Bernama) -- Seekor tapir berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas dilaporkan sesat daripada hutan berhampiran dan memasuki rumah seorang penduduk di Taman Lavender Height, di sini.

Pegawai APM Daerah Seremban Kapten (PA) Md Fadir Md Nor berkata kejadian tersebut hanya disedari penduduk setempat kira-kira pada 12 tengah hari tadi sebelum membuat panggilan kepada APM setengah jam kemudian untuk menangkap haiwan berkenaan.

“Seramai lapan anggota dihantar ke lokasi itu dan pada awalnya tapir berkenaan berada di atas jalan raya namun selepas pihak kami yang turut dibantu penduduk di situ cuba menghalau tapir tersebut, ia telah lari ke dalam sebuah rumah.

“Kita terus menutup pagar rumah berkenaan bagi memastikan ia tidak lari ke tempat lain. Setelah itu, kita meletakkan sangkar di tepi rumah dan terus menghalaunya ke belakang rumah. Kami berjaya mengurung haiwan berkenaan setelah ia masuk ke perangkap tersebut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Md Fadir berkata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dihubungi untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel