Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Timur Laut buka siasatan dakwaan hina Nabi Muhammad di Facebook


Tarikh kemaskini: 23/07/2019




GEORGE TOWN, 23 Julai (Bernama) -- Polis Daerah Timur Laut hari ini telah membuka satu kertas siasatan susulan 11 laporan polis yang diterima di sini berhubung dakwaan menghina Nabi Muhammad dalam satu akaun facebook menggunakan nama seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang hari ini berkata laporan-laporan polis yang diterima sejak semalam hingga hari ini itu meminta supaya tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun facebook itu untuk menjaga ketenteraman awam.

“Siasatan awal mendapati pengguna facebook yang menggunakan nama Wendy Loong itu telah memuat naik satu gambar yang dikatakan menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad,” katanya di sini.

Menurutnya akaun itu gagal dikesan dan dipercayai telah dipadamkan namun polis akan meneruskan usaha untuk mengesan pemiliknya.

“Kes ini disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel