mwk1ezBAUYI Beruang matahari ditangkap dihantar ke Taman Negara - Perhilitan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Beruang matahari ditangkap dihantar ke Taman Negara - Perhilitan


Tarikh kemaskini: 23/07/2019





KUALA TERENGGANU, 23 Julai (Bernama) -- Seekor beruang matahari atau beruang anjing yang ditangkap di Felda Belara malam tadi akan dilepaskan ke habitat semula jadi di Taman Negara.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abd Malek Mohd Yusof berkata operasi pemindahan keluar beruang berkenaan selesai kira-kira 3.30 petang tadi dan terus dibawa ke Taman Negara selepas disahkan sihat oleh pegawai Jabatan Veterinar.

Beliau berkata proses pemindahan yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda Hilux itu mengambil masa agak lama dan mengalami sedikit kesukaran berikutan kawasan muka bumi yang curam.

"Perhilitan telah memasang perangkap dua minggu lalu selepas menerima aduan daripada penduduk tetapi baru hari ini mengena.

"Itupun selepas kami alihkan perangkap itu kira-kira 100 meter dari lokasi asal ia dipasang dan menggunakan umpan sarang kelulut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Abd Malek berkata pihaknya akan memasang dua lagi perangkap dalam masa terdekat di kawasan berhampiran bagi menangkap dua ekor lagi beruang matahari yang masih berkeliaran.

Oleh itu, beliau menasihatkan penduduk Felda Belara supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila masuk ke kebun atau menghampiri kawasan belukar kerana haiwan itu akan bertindak agresif sekiranya berasa terancam.

"Kami terima aduan ada tiga ekor beruang yang berkeliaran di kawasan kebun dan belakang rumah penduduk dan ia disertakan sekali dengan video daripada seorang penduduk.

"Kami tidak menolak kemungkinan beruang itu keluar ke kawasan penempatan penduduk untuk mencari makanan dan perlindungan kerana habitatnya terganggu," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel