Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bapa dipenjara 45 tahun, 24 sebatan cuba rogol, seks luar tabii anak


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





PUTRAJAYA, 22 Julai (Bernama) -- Seorang bapa hari ini dihukum penjara 45 tahun dan 24 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap 38 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, melakukan seks luar tabii dan percubaan merogol terhadap anak perempuan sulungnya.

Hakim Mahkamah Jenayah Seksual terhadap Kanak-Kanak Yong Zarida Sazali memerintahkan lelaki yang berumur 35 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap iaitu 12 Julai lepas.

Beliau juga memerintahkan penjual burger itu menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun serta menjalani pengawasan polis selama tiga tahun selepas dia selesai menjalani hukuman penjara.

Lelaki itu dihadapkan ke mahkamah hari ini terhadap 26 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak sulung daripada lima beradik mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Dia juga menghadapi enam pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang kini berusia 14 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta dua pertuduhan mengikut Seksyen 377CA kanun sama. 

Dia juga didakwa empat pertuduhan percubaan merogol anak perempuannya. 

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh melakukan kesalahan itu di tiga tempat di Daerah Kuala Selangor dari 7 Julai 2017 sehingga 7 Julai 2019.

Ketika merayu hukuman ringan, lelaki itu berkata dia bertaubat dan insaf. 

Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali memohon mahkamah mengenakan hukuman tinggi dan sebatan terhadap tertuduh.

Beliau berkata sebagai pemegang amanah, tertuduh sepatutnya mendidik dan mengajar anaknya dengan baik dan bukan mengambil kesempatan untuk mencabul dan cuba merogol anaknya.

Norazalina berkata mangsa dicabul sejak beliau berumur 12 tahun dan tertuduh mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan itu sewaktu ahli keluarga sedang tidur atau tiada di rumah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel