Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





PASIR SALAK, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM34 juta bagi meneruskan pembinaan rumah generasi kedua Felcra di seluruh negara, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata terdapat 675 unit rumah generasi kedua Felcra di lima lokasi seluruh negara antaranya di Pekan serta Bera Pahang, serta Sukau di Kinabatangan, Sabah tertangguh pembinaannya dan memerlukan RM73 juta untuk diteruskan. 

"Perkara ini telah diangkat, dibincang (di Kabinet) dan untuk peringkat awal kerajaan setuju meluluskan RM34 juta bagi meneruskan projek ini. 

"Ini termasuk 140 unit di Pekan, Pahang...walaupun di Pekan, saya luluskan juga, 123 unit di Sukau serta (tanpa menyatakan unit) di Bera, Pahang," kata Azmin semasa berucap pada majlis Silaturrahmi Bersama warga Felcra Seberang Perak di sini, hari ini. 

(Kawasan Parlimen Pekan diwakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak).

Selain itu, Mohamed Azmin memberi jaminan untuk membawa isu tunggakan pembayaran kepada Koperasi Peserta Felcra berjumlah RM21 juta kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Kementerian Kewangan sambil berharap ia dapat diselesaikan segera. 

Selain itu, Mohamed Azmin meminta agar pihak pengurusan Felcra memberi keutamaan kepada Koperasi Peserta Felcra sekiranya terdapat projek seperti membangunkan kawasan perladangan agar dapat menjana pendapatan koperasi. 

"Ini selari dengan shares prosperity (kemakmuran saham). Jika beri keutamaan kepada mereka maka mereka akan ada pengalaman dan kebolehan serta boleh membayar dividen kepada peserta," katanya. 

Beliau menarik perhatian apabila mencadangkan pengurusan Felcra supaya tidak menggunakan keseluruhan kawasan tanah yang ada untuk menanam getah dalam projek tanaman semula. 

Sebaliknya, beliau berkata sebahagian kawasan perlu diusahakan dengan tanaman kontan yang mampu memberikan pulangan cepat seperti nanas yang bukan sahaja terjamin, malah mempunyai permintaan tinggi. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel