Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cadangan proses pengambilan semula pekerja asing dibawa ke Kabinet


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





PUTRAJAYA, 22 Julai (Bernama) -- Cadangan untuk membenarkan pekerja asing yang tamat tempoh permit kerja diambil bekerja semula tanpa perlu pulang ke negara asal terlebih dahulu akan dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan, kata  Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

Beliau berkata mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) di sini hari ini mengambil maklum cadangan ahli NLAC supaya kerajaan mengambil inisiatif berkenaan kerana ia mampu mengurangkan kos pengurusan pengambilan pekerja asing.

Selain itu, katanya ia juga dapat mengelakkan gangguan terhadap aktiviti perniagaan atau perusahaan yang menggunakan khidmat warga asing.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat NLAC itu, Kula Segaran berkata mesyuarat juga menerima cadangan supaya waktu kerja sektor swasta dikurangkan kepada kadar tertentu daripada tempoh 48 jam seminggu ketika ini.

"Cadangan-cadangan ini akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat untuk pertimbangan lanjut," katanya.

Kula Segaran dalam pada itu berkata pindaan bagi menambah baik Akta Kerja 1955 dijangka dapat dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan.

Penambahbaikan akta itu, yang kali terakhir dipinda pada 2013, akan melibatkan tujuh perkara penting antaranya mempertingkatkan perlindungan kepada pekerja, mengurangkan waktu bekerja dan menangani isu pekerja dipaksa bekerja, katanya.

"Kami masih memperincikan beberapa cadangan yang diterima yang ada antaranya memerlukan pandangan daripada orang ramai dan kerajaan,” katanya, sambil menambah beberapa siri perbincangan berhubung pindaan itu dijalankan sejak enam bulan.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel