Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM26,000 di Pasir Mas


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





PASIR MAS,  22 Julai (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki, masing-masing berusia 19 dan 28 tahun serta merampas sejumlah dadah bernilai RM26,010 dalam dua serbuan berasingan di jajahan ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Abdullah Mohammad Piah berkata serbuan itu dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di Kampung Gong Dayak, Tok Uban dan Banggol Kulim, Rantau Panjang.

"Serbuan pertama dilakukan oleh pasukan PGA di sebuah bangsal yang berada di dalam kawasan kebun getah di Kampung Gong Dayak pada pukul 6.45 petang selepas mendapat maklumat dari orang awam.

"Ketika serbuan, suspek yang berumur 19 tahun menyedari kehadiran polis telah bertindak melarikan namun berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan.

"Hasil pemeriksaan di dalam bangsal menemui tiga kotak bertulis Dynapharm yang berisi cecair kehitaman disyaki dadah jenis Kodein," katanya pada sidang akhbar di IPD Pasir Mas di sini, hari ini.

Abdullah berkata pemeriksaan susulan turut menemui 17 bungkusan plastik berisi daun kehijauan disyaki ketum yang dianggarkan seberat 17 kilogram (kg) selain menemui satu bekas plastik lutsinar yang mengadungi kepingan-kepingan keranjang aluminium berwarna merah yang disyaki dadah jenis Eramin5.

"Siasatan awal kami mendapati suspek berperanan sebagai orang tengah dalam urusan jual beli dadah-dadah berkenaan," katanya.

Beliau berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas 700 biji Pil Eramin5, 27 liter Kodein dan 17 kilogram daun ketum yang bernilai RM14,010 dipercayai untuk dipasarkan di jajahan ini," katanya.

Sementara itu, dalam serbuan kedua dilakukan pasukan JSJN di Kampung Banggol Kulim telah menahan seorang suspek berumur 28 tahun yang sedang berada di tepi jalan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang pada pukul 8 malam.

"Hasil pemeriksaan badan suspek pihak kami menemui satu bungkus plastik mengadungi 800 biji pil Eramin 5 yang bernilai RM12,000 dan siasatan awal mendapati suspek dipercayai menjadi pembekal dadah di kawasan itu yang diperolehi sendiri dari negara jiran.

"Suspek turut positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

Katanya kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

-- BERNAMA   

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel