Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JKKN Kedah sedia skrin besar tayang final Piala FA di Dataran Sungai Korok


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





ALOR SETAR, 22 Julai (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah akan menyediakan skrin besar khas untuk menayangkan perlawanan final Piala FA 2019 yang akan menyaksikan Kedah menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pengarah JKKN negeri, Mohd Rizal Ismail berkata, tayangan itu dibuat bagi memeriahkan lagi program Temasya ‘Oghang” Kedah yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 Julai ini, di Dataran Sungai Korok di Jitra.

“Kebetulan final Piala FA akan berlangsung pada Sabtu iaitu malam terakhir temasya, jadi sambil kita bersantai-santai di dataran itu nanti, adalah lebih baik kita menyaksikan perlawanan bola sepak yang merupakan sukan kegemaran nombor satu rakyat negeri ini.

“Walaupun tidak mampu ke Stadium Bukit Jalil, kita masih boleh zahirkan sokongan dengan hadir beramai-beramai berpakaian serba hijau kuning ke Dataran Sungai Korok sebagai tanda sokongan kepada skuad Lang Merah,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kedah berjaya melangkah ke final Piala FA 2019 selepas terikat 3-3 dengan Felda United pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka 30 Jun lepas.

Kedah menang setelah mengambil kira kelebihan jaringan gol di tempat lawan.

Skuad Lang Merah, yang merupakan juara empat kali, bakal dicabar oleh juara dua kali, Perak yang menewaskan Pahang 4-3 secara agregat di Ipoh pada perlawanan separuh akhir kedua.

Kali terakhir Kedah merangkul kejuaraan Piala FA ialah pada 2017 selepas menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel