Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis nafi kemalangan pelbagai kenderaan di Gerik


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





GERIK, 22 Julai (Bernama) - Polis Daerah Gerik hari ini menafikan video yang memaparkan kemalangan membabitkan beberapa bas, lori dan kereta di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) seperti yang tular di media sosial. 

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata semakan dan tinjauan yang dibuat di sepanjang jalan JRTB mendapati tiada kemalangan yang berlaku sebagaimana video yang ditular itu. 

"Saya mengesahkan kejadian kemalangan itu tidak berlaku di kawasan Gerik dan dipercayai berlaku di luar negara berdasarkan bentuk jalan dan kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam penyebaran berita yang tidak benar kerana tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka. 

Video yang berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan kemalangan membabitkan empat lori, dua bas dan sebuah kereta yang remuk di beberapa bahagian dengan seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel