Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KADA mahu lebih ramai golongan muda usahakan tanaman padi secara komersial


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





TUMPAT, 22 Julai (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mahu lebih ramai golongan  muda menceburkan diri dalam bidang penanaman padi secara komersial di negeri ini kerana sektor pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan.

Pengarah Bahagian Institusi Peladang KADA Ahmad Jazuli Hassan berkata pada masa ini, daripada sejumlah 45,000 keluarga petani dalam kawasan KADA hanya kira-kira 30 peratus golongan muda terlibat dalam sektor ini.

"Jumlah tersebut agak kecil berbanding jumlah keseluruhan petani dalam kawasan pertanian KADA. KADA kini dalam proses peralihan ke arah melahirkan petani yang lebih produktif iaitu menggalakkan lebih ramai penyertaan anak muda untuk mengusahakan tanaman padi dalam skala atau keluasan yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Bakat Baru di sini, hari ini.

Ahmad Jazuli berkata penduduk di negeri ini perlu mengubah perspektif tentang aktiviti penanaman padi dengan menjadikannya sebagai pekerjaan utama yang menguntungkan berbanding sebagai satu kerja sambilan atau hiliran yang bermusim.

"Bagi mencapai tujuan itu petani perlu fokus dan mengusahakan sekurang-kurangnya 10 hektar tanaman padi semusim," katanya.

Katanya dengan keluasan itu petani mampu menjana pendapatan kira-kira RM25,000 semusim dan ia satu angka yang agak lumayan.

Dalam pada itu katanya peranan PPK perlu terus diperkasakan dalam usaha membangunkan ekonomi petani di Kelantan.

Beliau berkata sudah tiba masanya PPK sebagai agensi bersepadu perlu melebarkan peranannya dalam membangunkan sektor pertanian yang lain termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang diusahakan ahlinya.

Katanya terdapat 13 PPK seluruh negeri ini boleh berperanan sebagai pusat pengumpulan hasil ladang tani ahlinya selain bertindak sebagai agensi yang berupaya menyediakan pasaran.

-- BERNAMA   

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel