Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Imigresen tahan sembilan PATI di Sungai Petani


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





ALOR SETAR, 22 Julai (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kedah menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dan Indonesia, di beberapa kilang kayu serta rumah sewa di sekitar Sungai Petani, semalam.

Pengarahnya, Zuhair Jamaludin berkata dalam Op Mahir yang bermula 10 pagi hingga 5 petang yang disertai 10 anggota itu, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 69 warga asing.

“Lima lelaki Bangladesh dan empat lelaki Indonesia yang berumur 20 hingga 68 tahun ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tiada  dokumen perjalanan sah.

Zuhair berkata kesemua mereka ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel