Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





KINABATANGAN, 22 Julai (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan membina 20 buah rumah untuk peserta fasa 1 Projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) Abai di sini selewat-lewatnya Oktober ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata selain rumah, kawasan perumahan peserta Mesej akan turut dilengkapi pelbagai kemudahan lain seperti air, elektrik, surau dan dewan.

"Pokok-pokok sawit di Mesej Abai ini sedang menghasilkan buah dan boleh dituai sepenuhnya pada tahun hadapan.

“Oleh itu bagi fasa 1, kita menyediakan peruntukan khusus membina rumah kepada 20 peserta, manakala selebihnya akan dilaksanakan pada fasa 2 selepas kita mendapat peruntukan baharu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Ewon berkata sebelum ini, kementeriannya membuat keputusan untuk membina rumah peserta di tiga buah Mesej iaitu Mesej Tukar di Pitas, Mesej Mansalu di Ranau dan Mesej Timpangoh di Penampang, namun pembinaan rumah di Mesej Mansalu tidak dapat diteruskan pada masa ini atas beberapa faktor, antaranya masalah jalan raya.

"Kita membuat keputusan perumahan Mesej Mansalu hanya akan dilaksanakan pada tahun hadapan selepas jalan perhubungan dibaiki,” katanya.

Ewon berkata antara matlamat projek Mesej ialah untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, meningkatkan penggunaan tanah terbiar dan sebagai pendapatan tetap kepada peserta yang tergolong dalam senarai e-Kasih di kawasan berkenaan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel