Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tindakan pantas APM Langkawi selamatkan lelaki Uzbekistan daripada lemas


Tarikh kemaskini: 21/07/2019





ALOR SETAR, 21 Julai (Bernama) -- Tindakan pantas dan kecekapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Uzbekistan yang hampir lemas ketika sedang mandi-manda di Pantai Tengah, Langkawi tengah hari tadi.

Pegawai Bencana, Operasi dan Latihan APM Daerah Langkawi Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.57 tengah hari dan tiba ke lokasi kejadian untuk menyelamat mangsa berusia 38 tahun itu, seminit kemudian.

“Pihak kami mendapat panggilan daripada kawan mangsa dan seramai lima anggota bertugas berjaya menyelamat mangsa yang hampir hanyut dibawa ombak. Logistik APM untuk menyelamat mangsa digunakan dari Menara Penyelamat Pantai Tengah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Azamshah berkata selepas itu pihaknya memberikan rawatan pemulihan kepada mangsa sehingga keadaan lelaki itu kembali stabil.

Beliau berkata seramai 13 anggota termasuk pegawai yang terdiri daripada anggota penyelamat pantai dan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Daerah Langkawi terlibat dalam usaha menyelamat mangsa itu.

Katanya sebelum kejadian itu pihaknya telah pun melarang mangsa mandi-manda di situ kerana keadaan ombak yang kuat namun larangan itu tidak diendahkan lelaki terbabit.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel